MODEL PENAPIS AIR

  


MPU23052

SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN ISLAM

KELAS: DKA2B

AHLI KUMPULAN

1)   WAN QAYYUM HAIKAL BIN WAN ZAINAL ADLIN

(04DKA21F2021)

2)   ABDUL HAYI BIN NAZLI 

(04DKA21F2029)

3)   MUHAMMAD FARIS IKHWAN BIN KAMARUDDIN

(04DKA21F2033)


PENGENALAN



Penapis air menghilangkan kekotoran daripada air melalui satu halangan fizikal yang halus, proses kimia atau proses biologi. Penapis membersihkan air pada takat yang berbeza untuk tujuan seperti pengairan, air minuman, akuarium, kolam dan kolam renang.

Sejarah penapisan air yang paling komprehensif telah diterbitkan oleh Musa N. Baker pada tahun 1948 dan dicetak semula pada tahun 1981. Selain itu juga, penapis air telah dicipta oleh seorang nelayan yang bernama David Johnson pada tahun 1875. Pada tahun 1800, penapisan mekanikal merupakan proses perindustrian yang bergantung kepada penambahan aluminium sulfat sebelum proses penapisan. Kadar penapisan untuk penapisan mekanikal adalah biasanya lebih daripada 60 kali lebih pantas berbanding penapis pasir perlahan, dengan itu ia memerlukan kawasan tanah yang lebih kecil. Kilang penapisan mekanikal moden yang pertama di Amerika Syrikat telah dibina di Little Falls, New Jersey untuk Syarikat Air Timur Jersey. George W. Fuller mereka dan menyelia pembinaan kilang yang mula beroperasi pada tahun 1902.

BAHAN YANG DIGUNAKAN



  • BOTOL PLASTIK
  • KAPAS
  • PASIR
  • ARANG
  • BATU KECIL
  • BATU SUNGAI
CARA DIHASILKAN
1. Potong bahagian bawah botol plastik
2. Terbalikkan botol dan alihkannya ke dalam gelas
3. Letakkan kapas, pasir, arang, batu kecil dan batu sungai secara mengikut turutan kedalam botol.
4. Isi botol dengan air yang ingin ditapis dan air yang bersih akan turun ke dalam bawah botol

PRINSIP SYARIAH

 RABBANIAH

  • Rabbaniah bermaksud ketuahan yang menjelaskan prinsip syariah Islam dicipta dan disusun oleh Allah S.W.T. Bagi model penapis air ini yang dihasilkan, ia dapat menapis air yag kotor menjadi air yang lebih bersih untuk digunakan untuk berwhudu dan dapat menjadikan solat kita sah disamping menguatkan lagi ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
WASATIAH
  • Wasatiah yang bermaksud kesedarhanaan yang menjelaskan bahawa kesederhaan dalam syariat adalah bersifat sederhana dan tidak berlebihan dan berkurangan dalam membuat suatu perkara.Prinsip ini boleh dikaitakan dengan pemilihan barang menepati keperluan dan modal yang dikeluarkan.Pemilihan bahan untuk membuat model ini mudah untuk dicari dan harga untuk membeli barang ini tidaklah terlalu mahal dan bersesuaian dengan modal yang dikeluarkan.Hal ini dapat mengingatkan kita suoaya tidak melakukan pembaziran dalam berbelanja membeli barang untuk model ini.
MIZAN 
  • Mizan bermaksud Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara.Penghasilan model penapis air ini juga perlu mengikut prinsip mizan apabila ia dibina agar penghasilannya tidak melanggar hukum hakam yang ada di dalam syariat Islam.Seperti item-item yang digunakan di dalam penapis air hendakalah mengikut syariat Islam.Contohnya, batu, pasir  dan kapas hendaklah bersih daripada semua najis kerana najis boleh memudaratkan kesihatan kepada kita.Sekiranya, terdapat najis pada item-item yang digunakan maka air yang diminum menjadi haram bagi kita dan tidak baik apabila menjadi darah daging kita.Daripada pemilihan item-item yang bersih ini kita dapat menghindari diri daripada kekotoran yang berada di dalam air.

PERANAN SYARIAH

 MEMELIHARA NYAWA

  • Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia dan hendaklah diperlihara dengan sempurna.
  • Sebab itulah kumpulan kami bersepakat untuk mencipta model penapis air bagi mencegah masalah pencemaran air yang berlaku di Kelantan ini.
  • Dengan adanya model penapis air ini, kami dapat membuat proses penyulingan terhadap air dan hasil daripada itu, kami dapat menghasilkan air yang bersih dan dapat digunakan untuk kegunaan sendirian.
  • Kesannya, air yang bersih ini dapat memelihara nyawa seseorang itu daripada keracunan.
  • Air yang bersih ini juga dapat diguna pakai untuk melakukan ibadat seperti mengambil wuduk dan sebagainya.
MEMELIHARA HARTA

  • Seperti yang kita tahu, Islam mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti membazir.
  • Oleh hal yang demikian projek yang kami lakukan ini amatlah sesuai dengan peranan syariah itu sendiri iaitu memelihara harta.
  • Dalam menghasilkan projek ini,kami hanya menggunakan bahan-bahan kitar semula sahaja seperti botol, tisu, kapas dan sebagainya.
  • Dengan ini, kami dapat melakukan penjimatan dari segi kos bahan.
  • Kesannya projek kami ini amatlah mesra kos, mesra pengguna, dan mudah untuk dibuat.

PELAKSANAAN SYARIAH

Pelaksanaan syariah Islam yang berkaitan dengan alat ialah ketika proses pembinaan projek penapis air ini, kami telah menetapkan prinsip mencegah lebih baik dari mengubat.Hal ini kerana air yang siap ditapis lebih bersih daripada air yang tidak dirawat.Contoh barang-barang untuk membuat penapis air mestilah bersih dan tidak memudaratkan kerana Islam sangat menitik beratkan kebersihan dan kesihatan dalam kehidupan sebagai orang Islam.

Contoh sudut saintifik bagi model penapis air ini adalah menggunakan penjernihan air dengan bahan alami yang membersihkan kadar dalam air daripada bentuk asal air dngan hanya menggunakan kaedah saintifik. Misalnya, teknik saringan kain katun, teknik saringan kapas, teknik aerasi, saringan pasir lambat/cepat, gravity-fed fitering system dan lain-lain kaedah.Berikut merupakan kaedah saintifik bagi model penapis air yang dapat mencegah lebih baik daripada mengubati.


KAEDAH FIQH

Kaitan alat dengan Fiqh

Kaedah kemudaratan hendaklah dihilang atau ditiadakan.

Kaedah ini sangat berpengaruh bagi model penapis air ini.Hal ini kerana,Proses penghasilan model penapis air ini dapat membekalkan sumber air yang bersih dan dapat digunakan dalam kehidupan seharian oeh orang Islam kerana kebersihan itu penting dalam agama Islam.

Dari sudut saintifik penjernihan air berguna untuk menghilangkan zat kotor atau untuk menghilangkan gas-gas terlarut dan menghilangkan rasa yang tidak enak.


KESIMPULAN

Salah satu cara berhadapan dengan masalah air minuman yang besih ialah dengan membina sebuah model penapisan air buatan sendiri. Kos pembuata model ini juga sangatlah berpatutan dan bahan juga mudah dicari. Tetapi untuk memastikan kita tidak mendapat jangkitan dari air yang tidak dirawat, kita harus merebus air terlebih dahulu.

Untuk kemudahan, panduan input / output digunakan pada adaptor. Mereka akan memastikan bahawa proses pemasangan berjaya. Satu lagi perkara penting ialah ketegangan pemasangan. Untuk mengelakkan kebocoran, disarankan agar setiap utas dibalut dengan pita.

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim....
Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpaham rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami, dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami iaitu Engku Razinawaty Binti Engku Chik kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan kami yang memberi kami pemudah cara untuk menyiapkan model teknologi ini iaitu penapis air buatan sendiri. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menyiapkan tugasan ini.

Akhir bicara, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pemprosesan model penapis air buatan sendiri ini.

Sekian, terima kasih.

Link Di Sini - Anyflip







Comments